Monday, May 16, 2022

Deflationary Economics

Lebih kepada kawasan di Afrika tapi Malaysia pun dalam bahaya. Puncanya pakar ekonomi rasuah. Pentingkan 9rang kaya dari yang miskin, iaitu subsidi.

Contohnya, minyak. Harga petroleum sudah naik lebih 3 kali, tapi harga petrol di Malaysia, macam masih sama saja. Baru aku balik ka Sandakan. Ertinya subsidi.

Jimat juga aku tapi ini menghancurkan ekonomi negara. Lebih baik duit subsidi di beri kepada semua rakyat seperti zaman Abdullah Badawi. Di bantah oleh orang kaya terutama sekali orang China. Mereka yang paling ramai memakai kereta mewah.

Sepatutnya menggalakkan micromobility untuk jimat wang petrol tapi terbalik pula, haramkan micromobility. Palui betul.

Hasilnya, matawang sudah jatuh, ertinya inflasi teruk. Konon, buang subsidi akan tambah inflasi, baru aku baca article dari pakar ekonomi rasuah. Pakar ekonomi jujur tidak akan membenarkan subsidi untuk mengawal inflasi, dan sudah terbukti banyak kali sudah. Kalau engkar, jadilah macam Sri Lanka, Venezuela dan Zimbabwe. Penyelesaian nya senang saja, buang wang tempatan, pakai wang asing.

Aku perhatikan, sudah habis minyak masak subsidi. Yang masih banyak, minyak makan impot. Ini sudah simptom Sri Lanka. Duit ada, barang tiada. Sama lad di Venezuela.

Berbaris berhari hari untuk dapatkan subsidi bahan makan, tapi orang tidak mahu tanam makanan sendiri, sebab barang subsidi lagi murah. Yang pelik nya, rakyat marah kerajaan kerana tidak bekal kan makanan, tapi diri sendiri tidak mahu tanam. Walaupun ubi kayu.

Bukan tiada makanan, tapi perlu bayar harga sebenar dipasaran dunia. Jadi, pekerja dan peniaga mula mencaj pakai matawang US. Sama lah dengan Pakistan rupanya.

Saya sudah terangkan cara mengatasi kenaikan harga kelapa sawit tapi itu sikit saja berbanding petrol yang sampai 300% sudah. Boleh kan atasi inflasi tanpa subsidi? Bolehkah kalau jujur dan pentingkan rakyat.

Taktik deflation ekonomi. Rakyat untung betul. 300% kali untung tapi harga petrol masih rm2 se litre. Tapi rm2 ini bernilai 1us = rm1.5, iaitu kenaikan nilai matawang rm 300%.

Malaysia mampu sebab is pengeluar petrol dan gas, tapi kesan nya besar, tapi merugikan tycoon dan orang kaya sekarang sebab itu di tolak mentah mentah.

Apa tidak, rumah akan turun nilai. Barang ekspot menjadi mahal termasuk pelancungan, sebab pelancung terpaksa bayar 3 kali ganda lebih. Konon kurang lah pelancung, tapi ini langsung tiada bukti, dan terbukti pula langsung salah di Singapura. Pelancungan Singapura lagi maju dari Malaysia, sebab nilai tinggi. Begitu juga Jepun.

Dengan kenaikan nilai RM, harga impot dan harga bunga hutang menjadi amat rendah, kurang 300%, dalam RM lah, sebab banyak hutang luar negara pakai US.

Sebab barang impot jadi murah, dalam RM lah, peralatan semua naik taraf. Hotel pun semua naik bintang dan menjadi bersih dan canggih, sebab spare part murah. Pekerja pun jadi mahir, sebab ramai dari luar negara sanggup kerja di Malaysia, bukan macam sekarang. Pekerja buruh kasar sahaja mahu kerja. Yang jadi mahir, semua lari ka Singapura.

Kos nya tinggi. Habis foreign reserve Malaysia dan pembangunan bangunan tidak boleh di buat. Habis duit negara bayar gaji pekerja dan beri wang tambahan kepada penyimpan duit RM secara tunai.

Yang rugi, yang banyak hutang. Nilai hutang di dalam negara bertambah. Nilai emas turun. Nilai kereta turun. 2nd hand lagi lah turun. Dulu beli rm60,000, sekarang jadi rm20,000 dalam sekelip mata.

Sebab itu amat membebankan ramai orang kalau nilai RM naik mendadak. Tapi yang merana, cuma orang yang suka spekulatif. Beli dan jual. Kalau kita beli untuk guna, apa rugi nya? Kereta masih boleh pakai.

Yang jujur tidak akan rugi. Yang rasuah dan penipu yang akan rugi, kalau nilai RM naik, walaupun mendadak.

Saya jujur konon tapi berhutang 9 tahun beli kereta. Rugi banyak lah kalau harga barang jatuh 300%. Sebenarnya, sesiapa yang berhutang untuk membeli barang, kurang jujur sebab belanja lebih dari kemampuan. Kalau pun konon mampu sebab gaji besar, masih tidak boleh kata mampu sebab boleh hilang kerja. 

Termasuk aku lah, tapi aku buat ini sebab ekonomi Malaysia, ekonomi inflasi. Kita rugi kalau tidak berhutang.






https://youtu.be/CdrLp0lKjHc

No comments: