Sunday, June 26, 2022

Subsidi Haram dan Mencukai Orang Miskin di Mestikan Islam

Kalau subsidi merosakkan negara sebab:
1. orang kaya untung, miskin rugi;
2. menggalakkan membazir;
3. tidak menggalakkan pembuatan sendiri, sebab lebih murah membeli barang subsidi;
4. menguntungkan orang luar sebab gaji dan bahan murah.

Jadi kalau di cukai kesan nya terbalik lah.
1. orang kaya lebih banyak bagi duit, orang miskin kurang sebab tidak mampu membeli banyak barang;
2. beli waktu perlu sahaja, apa lagi yang miskin;
3. menggalakkan pembuatan sebab harga barang siap lebih mahal sebab di cukai;
4. orang luar memberi duit kepada negara, bukan menghisap darah.

Subsidi memang jelas haram, tapi mencukai orang miskin boleh kah? Apa salah nya dalam Islam.
Malah Islam saja lah yang memaksa orang miskin pun perlu membayar cukai, iaitu zakat fitrah.

Jadi tidak salah lah memaksa orang miskin membayar cukai juga. Konon zakat fitrah bukan cukai, tapi cukai tetap cukai. Cukai ada lah untuk negara atau orang miskin dan fungsi zakat itu juga kan.

Masuk akal kah orang miskin perlu bayar zakat, tapi lepas itu terima duit dari zakat balik? Sebab itu dulu aku rasa pelik tapi patuh sahaja.

Sekarang baru aku faham. Betapa hebat nya hukum Allah. Aku berpendapat bahawa orang miskin tidak perlu bayar zakat tapi kalau terima duit zakat, perlu lah patuh dan bayar saja zakat fitrah dan lain lain zakat. Kalau tidak mampu juga, rupa nya bererti negara itu bukan Islam lagi.

Kalau betul negara itu patuh kepada ajaran Islam, tidak ada kemungkinan sekali pun orang miskin tidak boleh bayar zakat. Sebab orang miskin di beri duit atau makanan terus, bukan subsidi. Kalau tiada duit langsung, betapa miskin pun kau, tidak boleh beli barang subsidi juga. Kalau bergantung subsidi, memang lah tidak boleh bayar zakat sudah.

Habis duit rakyat di kebas oleh yang kaya dan pembazir. Kalau orang kaya tidak membazir kurang untung lah dari nikmat sunsidi.
Zakat fitrah ini lah juga yang menyokong polisi bayar terus kepada orang miskin atau kurang berada dan juga kebenaran mencukai  orang miskin.

Memanglah dengan syarat duit cukai di kembalikan kepada rakyat, bukan di kebas terus oleh kerajaan UMNO. Malah di tambah lagi dengan membazir wang kepada orang kaya dan pembazir dengan memberi subsidi.

Kalau jelas Malaysia dan negara Islam lain telah melanggar ajaran Islam, yang Allah turunkan, bagaimana boleh selamat di dunia dan akhirat.




http://ueconomy.blogspot.com/2022/06/tax-goods-not-subsidise-to-eliminate.html?m=1

No comments: