Sunday, June 26, 2022

Kebodohan Subsidi Bill Letrik dan Air

New Straits Times: PM: No increase in electricity and water tariffs for peninsula consumers; chicken prices won't be floated [NSTTV].
https://www.nst.com.my/news/nation/2022/06/807898/pm-no-increase-electricity-and-water-tariffs-peninsula-consumers-chicken

(Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob said the government was committed to bearing the RM5.8 billion subsidy despite the rising cost of fuel and power generation)

Bukan kah lebih senang saja bagi rebate terus sahaja kepada pengguna? Lagi adil dan menguntungkan orang miskin lebih dan yang berjimat. Ini, di beri subsidi yang terang terang haram sebab di beri kepada orang kaya juga, dan lebih dahsyat lagi, terlalu lebih banyak lagi kepada orang kaya.

Kalau T20 lagi lah banyak untung dan mereka ini tidak risau pun belanja bil letrik sebab gaji lebih rm10,000 sebulan. Yang bergaji rm5000 mungkin terasa tapi perlu lah berjimat. b40 lah yang terasa betul. Tapi subsidi tidak memberi erti yang banyak sebab perlu bayar juga bil letrik dan air. Kalau di beri duit terus lagi beruntung. Tidak perlu beri cash, masukkan ke dalam akaun bil sahaja. Kalau lebih, boleh di gunakan untuk bulan bulan ke hadapan. Kalau berjimat, boleh dapat letrik percuma lagi selama lamanya.

Tapi, kalau subsidi sahaja, terpaksa bayar juga walaupun kekurangan duit. Tidak boleh berjimat pun sebab lagi rugi. Orang yang boros lagi untung. Orang b40, lebih baik jual kepada jiran. Orang kaya, boleh lah membazir, aircon tidak perlu off lagi, tapi yang rugi rakyat yang miskin. Setiap pembaziran bererti mencuri duit rakyat.

Tapi apa orang kaya peduli. Orang miskin yang bodoh betul mati mati mahu subsidi yang haram dalam islam. Minta duit yang halal dan beruntung tidak mahu pula.

No comments: