Wednesday, March 8, 2023

Kesan Kenaikan Bunga Pinjaman di Korea Selatan

Ekonomi S. Korea. Joe Blog ini bagus sebab dia bagi nombor jadi kita boleh periksa. Penganalisa ramai yang buat rumusan saja tapi sekali aku periksa, tidak masuk akal pun.

Rumusan penganalisa, termasuk Joe Blog ini, menggunakan pengetahuan yang mereka di ajar di dalam buku teks, dan aku pun begitu. Mula mula aku percaya saja, tapi sekarang aku sangsi.

Tengok inflasi di Korea. Nampak lebih tinggi dari Malaysia, tapi di Malaysia penipu. Inflasi di kawal dengan sabsidi. Sabsidi ini yang menghancurkan ekonomi Malaysia dengan menghancurkan GDP negara. Korea di paksa oleh IMF supaya tidak membazir duit rakyat dengan sabsidi, tapi sekarang menjadi negara maju, jauh meninggal Malaysia sekarang. Pada hal, sewaktu konon nya penjajahan British, Malaysia jauh lebih maju dari Korea dan Taiwan. Sekarang, Malaysia semakin mundur, dan akan menerima nasib Turki dan Pakistan tidak lama lagi.

Joe Blog ini lah yang bagi rumusan bahawa inflasi Pakistan tidak betul sebab sabsidi. Inflasi sebenar, iaitu tolak sabsidi, jauh lebih tinggi, setinggi Sri Lanka dan Turki sudah. Malaysia tidak lama lagi lah akan mengikut jejak negara bangrup ini.

Sri Lanka baru saja hapuskan sabsidi minyak dan makanan, dan tiada sudah cerita kekurangan makanan dan minyak di Sri Lanka. Sebenarnya, Sri Lanka menjadi maju seketika sewaktu menghapuskan sabsidi, tapi memberi wang terus kepada orang miskin, bukan sabsidi, tahun 1970an. 

Banyak tulisan ilmiah yang aku baca tentang ini di Sri Lanka, termasuk dari sifat keutamaan Budha yang menyokong pemberian duit terus, bukan sabsidi. Macam quran juga lah, tapi sami ini buat kajian dari segi etika ugama Budha.

Tetapi, mulai tahun 1980s, setelah Sri Lanka menjadi maju, tukar pula kepada sabsidi. Mampus ekonomi mereka. Pengundi yang minta sabsidi, macam Venezuela lah. Venezuela degil jadi masih merana lah. Sri Lanka macam mau terima syarat IMF sebab sudah hapuskan banyak sabsidi. Mungkin cerdik pandai Sri Lanka mulai sedar, sebab mereka sudah pernah rasa kehidupan sewaktu sabsidi di ganti dengan pemberian tunai terus. Kalau mereka teruskan saranan IMF, tidak mustahil Sri Lanka kembali maju, sebab perang sudah pun tamat. Mungkin dapat tanding Korea.

Pakistan dan Turki masih berdegil. Iran pernah ganti sabsidi dengan pemberian duit terus, dan kajian menunjukkan kemajuan ekonomi dan tahap hidup rakyat, tapi tidak menyeluruh. Sekarang, sudah di hapuskan sebab pemberian duit terlalu sikit pun, jadi kembali kepada sabsidi minyak lah. Nasib baik banyak minyak, tapi pembaziran yang di sebabkan oleh sabsidi merosakkan ekonomi Iran, macam Malaysia lah. Mustahil jadi negara maju, menjadi negara miskin baru lah. Bukti bukti pun sudah nampak di Malaysia.

Kenapa Korea bermasalah pula? Sebab melanggar hukum Allah lah. Price control. Malaysia mengamalkan price control untuk ayam, telur, beras lah. Kesan nya, hancur sudah industri industri ini, sebab pembuat nya di bunuh dengan kejam. Tapi orang masih tidak percaya, pada hal telur sudah susah pun mau dapat. Beras tempatan sudah tiada, semua impot. Tidak lama lagi ayam lah.

Satu lagi sebab adalah kenaikan bunga bank yang konon mengawal inflasi. Joe Blog ini tidak terangkan kenapa, tapi analisis nya ada lah conventional, iaitu, naik bunga untuk kawal inflasi konon. Tapi sekali aku tengok bunga pinjaman di Turki, sudah pun 100% tapi inflasi semakin naik juga. Sama lah dengan Korea.

Joe Blog ini, sama lah dengan ahli ekonomi lain, akan syorkan menaikkan bunga untuk kurangkan inflasi. Tapi mereka tidak periksa pula apa jadi di Zimbabwe dan Sri Lanka. Bunga sudah naik pun, tapi inflasi masih naik sampai beribu %.

Cathy Wood dan Elon Musk menentang kenaikan bunga untuk kawal inflasi yang di sebabkan perang di Ukraine. Saya pun setuju, tapi tidak di pedulikan oleh kerajaan kerajaan di dunia. Jadi, rasa lah di Korea. Tidak lama lagi USA. Samalah dengan Malaysia.

Alasan baru saya baca ialah Malaysia tidak naikkan bunga, cuma kembali kepada asal, sebelum pandemic. Sama lah dengan USA. Cathy Wood terangkan, masaalah nya kenaikan bunga terlalu cepat. Dia ramal berbulan sebelumnya bahawa kesan nya recession, iaitu harga jatuh, dan dia nampak kesan harga kereta second hand. Sudah terjadi pun terjadi di USA. Harga 2nd hand jatuh terus.

Elon pun ramal recession pada tahun 2023 disebabkan kenaikan bunga. Sebab itu sudah turunkan harga kereta nya. Tesla ok sebab banyak cash dan tiada hutang.





https://youtu.be/9P-7difmPrE